Mukhriz Tetap Tenang Jalankan Tugas

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 5:00 PM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) dikerumuni oleh para penyokongnya bagi memberi sokongan kepadanya di perkarangan Bangunan UMNO Negeri Kedah, Rabu malam.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Walaupun melalui hari yang agak sukar sejak semalam, namun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kelihatan tenang menjalankan tugasnya pada Khamis.

Beliau bersama isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria menghadiri istiadat Anugerah Pingat dan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Istana Anak Bukit di sini pagi ini.

Pada Rabu, Mukhriz menerima kejutan apabila beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen UMNO Kedah serta beberapa pemimpin kanan Umno negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Tidak lama selepas itu, hampir 1,000 orang berkumpul di perkarangan Bangunan Umno Negeri Kedah di sini malam tadi sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Mereka berkumpul sejak 8 malam, menunggu ketibaan Mukhriz di bangunan itu untuk menghadiri mesyuarat tertutup Umno Bahagian Jerlun.

Dalam istiadat Khamis, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mendahului senarai 160 penerima darjah kebesaran sempena hari kedua istiadat tersebut di sini yang disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk. -- Bernama



iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan