Denggi: 309 Kes Dicatat Di Klang Antara 1 hingga 9 Januari

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sebanyak 309 kes demam denggi direkodkan di daerah Klang dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini (1 hingga 9 Januari) dengan dua kawasan 'hotspot' dikenal pasti iaitu di Taman Sentosa dan Bukit Tinggi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Yasid Bidin berkata, tiada sebarang kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, katanya MPK akan memperhebatkan pemeriksaan di tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di taman rekreasi, kompleks beli-belah dan stadium.

"Di samping itu, ceramah dan latihan diberikan kepada kontraktor pembersihan MPK setiap minggu supaya mereka lebih berhati-hati dan teliti dalam membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog pelan induk pengangkutan awam negeri Selangor bersama wakil rakyat dan badan bukan kerajaan di MPK di sini, Rabu malam.

Yasid berkata kawasan perumahan di Taman Sentosa banyak merekodkan kes demam denggi kerana kawasannya yang rendah yang menyebabkan air bertakung di parit atau longkang.

Mengenai tindakan ke atas peniaga tempatan di Klang yang 'mengalibabakan' lesen perniagaan kepada pihak ketiga, Yasid berkata tindakan tegas akan diambil dengan membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

Sementara itu, Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas pengangkutan awam di negeri itu, Datuk Teng Chang Kim dalam sidang media sama berkata perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku yang dilancarkan di Selangor pada 1 Julai tahun lepas, mendapat sambutan menggalakkan.

Beliau berkata secara purata, sejumlah 3,700 pengguna dari tiga kawasan pihak berkuasa tempatan di Shah Alam, Subang Jaya dan Klang menggunakan perkhidmatan bas itu setiap hari.

Katanya perkhidmatan Bas Selangorku mengikut laluan yang ditetapkan dengan kekerapan perkhidmatan setiap 15 minit.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: denggi , Klang , Yasid Bidin , MPK

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan