Umno Kedah Tak Beradab - Mahfuz

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 10:55 PM

Datuk Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pimpinan Umno Kedah didakwa tidak beradab apabila menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan itu adalah sesuatu yang sangat tidak wajar pada suasana waktu dan ketika kerana ia dibuat ketika negeri itu meraikan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

"Saya tidak berhajat untuk menafikan hak mereka untuk berbuat demikian.

"Tetapi adalah tidak beradab dan biadap tindakan mereka itu dibuat di waktu negeri Kedah sedang meraikan perayaan Hari Keputeraan Yang Ke-88 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan media, Rabu.

Katanya apa yang dilakukan itu telah mengganggu dan merosakan kemeriahan suasana sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah dan telah merubah suasana kegembiraan kepada keresahan rakyat tentang pergolakan politik negeri Kedah.

"Sepatutnya pimpinan Umno Kedah menunggu selesai perayaan besar Hari Keputeraan sebagai tanda penghormatan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

"Esok 21 Januari 2016 adalah hari kedua Istiadat pengurniaan bintang dan pingat pingat kebesaran. Tiba tiba hari ini mereka persembahkan kepada Tuanku Sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan dengan suatu tindakan yang tak beradab.

"Terpulanglah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Negeri Kedah, tetapi tidak wajar mencetuskan  isu ketidak percayaan kepada Menteri Besar Kedah selepas Titah Tuanku sempena hari keputeraan menerima lafaz taat setia daripada Datuk Seri Mukhriz selaku menteri besar mewakili  kerajaan dan rakyat Kedah.

"Tindakan Umno Kedah adalah suatu penghinaan terhadap Tuanku Sultan," katanya.

Dalam pada itu beliau juga berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menambah lagi masalah kepada rakyat Kedah yang didakwa berdepan lambakan masalah ketidak ketentuan masa depan negara yang dicetuskan oleh beliau.

"Yang dituntut oleh rakyat ialah beliau melepaskan jawatan perdana menteri," katanya.

Terdahulu pada petang Rabu, barisan kepimpinan Umno Kedah secara terbuka tampil menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Menerusi sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar, mereka menggesa campur tangan perdana menteri.

Kata Ahmad Bashah, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Najib membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan