Umno Kedah Tolak Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Kedah secara terbuka tampil menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menerusi sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar, mereka menggesa campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Ahmad Bashah, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Najib membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

"Seluruh pimpinan dan wakil rakyat Uumno Kedah berhimpun untuk menyatakan bahawa kami hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

"Beliau gagal untuk menyatupadukan Umno dan jentera parti di semua peringkat, selain tiada sebarang perancangan strategik untuk menghadapi PRU ke-14," katanya.

Antara yang hadir pada sidang media itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai);  Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Datuk Md Rozai Safian (Pendang).

Sidang media itu turut dihadiri kepimpimpinan sayap negeri iaitu Ketua Pemuda, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin; Ketua Wanita, Datuk Maznah Abd Hamid dan Ketua Puteri, Datin Norhashimah Md Nowar.

Tags / Kata Kunci: Umno , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan