"Rakyat Dapat Nilai Prestasi Kerja Saya" - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 10:02 PM

DATUK MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir, antara bakal calon jawatan Ketua Pemuda Umno, mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberikan penghormatan sebagai pemimpin agung apabila beliau bersara kelak.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas didakwa gagal mentadbir Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerahkan kepada rakyat negeri itu untuk menilai prestasi perkhidmatannya sebagai Menteri Besar.

Menerusi kenyataan media empat para yang dikeluarkan pada Rabu malam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kedudukannya mengikut Perlembagaan.

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri.

"Saya menyerah kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja yang saya buat  bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke-13,” katanya.

Selain itu Mukhriz yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata beliau akan terus menggalas amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin.

"Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,” katanya.

Terdahulu pada petang Rabu, barisan kepimpinan Umno Kedah secara terbuka tampil menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Menerusi sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar, mereka menggesa campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Ahmad Bashah, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Najib membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan