Hadir Program Amanah, PAS Kelantan Minta PKR Hormat Sensitiviti Politik

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 6:32 PM

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS Kelantan pada Rabu menempelak kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat yang disifat tidak menghormati sensitiviti politik Kelantan dalam isu menghadiri program dengan parti Amanah di negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak pernah menghalang kerjasama antara PKR Pusat dan Amanah, namun menegaskan di peringkat negeri, kedua-dua parti itu telah mempunyai persefahaman bahawa PKR tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran Amanah.

"Kami tak halang PKR Pusat dengan Amanah ini sebab dua-dua ada dalam Pakatan Harapan...itu hak dia (PKR). Tapi kami minta supaya sensitiviti di Kelantan ini diambil kiralah.

"Kami sebenarnya ada persefahaman antara PAS Kelantan dan PKR Kelantan dalam isu ini, sebab itu kami minta supaya persefahaman antara kami dan PKR Kelantan ini dihormati oleh PKR Pusat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul sebelum ini dilaporkan berkata parti itu tidak mempunyai hubungan rasmi dalam bentuk 'hitam putih' dengan PAS, sekali gus membolehkan PKR menghadiri program anjuran mana-mana parti.

PAS Kelantan sebelum ini menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri ini.

Ditanya adakah isu berkenaan akan menyebabkan PKR akan kehilangan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata perkara itu belum diputuskan lagi.

"Setakat ini 'status quo kekal'. PKR bertanding di lima kerusi (pada PRU13) tapi dia menang satu sahaja dan setakat ini belum ada perbincangan kerusi antara PAS dan PKR di Kelantan. Ia bergantung kepada keadaan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan