Petronas Ambil Langkah Kurangkan Kos Secara Drastik

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 9:42 AM

Wan Zulkiflee Wan Ariffin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menerusi nota yang agak berterus terang kepada para pekerja, orang nombor satu syarikat minyak nasional - Petroliam Nasional Bhd membangkitkan mengenai keperluan untuk melakukan satu lagi pusingan pengurangan kos.

Sehubungan itu syarikat berkenaan terpaksa melaksanakan beberapa keputusan yang sukar dan drastik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Petronas akan melaksanakan rasionalisasi tenaga kerja dan perubahan dalam model perniagaan untuk menangani kesan daripada jatuh harga minyak mentah.

Syarikat itu, yang telah menurunkan perbelanjaan operasi (opex) dan perbelanjaan modal (capex) sejak awal tahun lalu dan mempunyai kekuatan kakitangan yang dilaporkan seramai 51,000 akan mengkaji sekali lagi perbelanjaannya.

Kali ini ia mensasarkan untuk mengurangkan sehingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang dan menangguhkan beberapa projek-projeknya.

Dalam nota yang dihantar kepada kakitangan pada petang Isnin dan diedarkan secara meluas di media sosial, Wan Zulkiflee turut melahirkan kebimbangan mengenai nasib pekerjanya.

Wan Zulkiflee, 55, yang mengambil alih jawatan pada April tahun lepas berkata syarikat itu telah mula mengkaji semula jawatan kontrak tidak kritikal hingga kepada aktiviti perniagaan terasnya sebagai langkah awal untuk mengurangkan kos tenaga kerja.

"Rakan-rakan, rakan sekerja. Pada masa seperti ini, saya tahu bahawa terdapat banyak soalan dan kebimbangan. Saya tidak boleh memberikan anda jaminan bahawa semuanya akan baik tetapi ini adalah komitmen saya dan pasukan kepimpinan saya untuk terus memaklumkan kepada anda perkembangan ini secara berterusan," katanya.

Tahun lepas, Petronas memotong perbelanjaan modal sebanyak 30 peratus dan opex sebanyak 20 peratus.

Selain mengurangkan perbelanjaan, Wan Zulkiflee turut menyentuh mengenai perubahan dalam model perniagaan Petronas untuk meningkatkan kecekapan dan bertindak balas kepada persekitaran harga yang rendah.

Tags / Kata Kunci: Petronas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan