Sarang Burung Walit Kualiti Tinggi Boleh Cecah RM66,000 Sekilo

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Percaya atau tidak, harga runcit sarang burung walet berkualiti premium dari Malaysia kini telah mencecah sehingga RM66,000 sekilogram di negeri China.

Pada umumnya harga pasaran sarang burung walet berkualiti biasa dari Malaysia dijual sehingga RM8,000 sekilogram di China.

China adalah pasaran terbesar sarang burung walet manakala Malaysia dan Indonesia adalah pengeksport utama produk tersebut ke China.

Namun begitu, jerebu yang melanda Indonesia pada tahun lalu telah menyaksikan pengeksportan produk sarang burung walet ke China jatuh dengan mendadak khususnya sejak September tahun lalu.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Sarang Burung Walet Selangor, Datuk George Kee.

Katanya pada Januari tahun lalu harga eksport produk sarang burung walet yang diproses dijual pada harga antara RM2,800 hingga RM3,000 tetapi menjelang September bermula permintaan yang tinggi dari China dengan harga tawaran sehingga RM8,000 sekilogram.

Bagaimanapun harga sarang burung walet yang tidak diproses hanya ditawarkan pada harga sekitar RM3,000 sekilo atau lebih rendah.

Syarikar farmasi negeri China yang berusia lebih 300 tahun Beijing Tongrentang telah menyenaraikan harga produk sarang burung walet berkualiti tinggi sekitar RM26,648 sekilo sehingga RM66,000.

Harga standard pelbagai variati pula disenaraikan bermula pada harga RM13,318 sekilo.

Buat masa ini hanya produk bersih yang telah diproses sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke China melalui 16 buah syarikat yang berdaftar dan disahkan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Sarang burung walet yang tidak diproses tidak dibenarkan lagi dibawa masuk ke China sejak 2011.


Tags / Kata Kunci: burung walit , Malaysia , China , George Kee

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan