Gelaran YM Tunku Fairus Jadi Misteri

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 12:27 PM

Dua paparan skrin Facebook milik Mohammad Fairus menunjukkan perbezaan nama profil selepas pendedahan mStar Online pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang 12 jam selepas menyiarkan laporan mendedahkan pertalian darah Datuk Seri Mohammad Fairus Khairuddin dengan kerabat diraja Kedah, gelaran Yang Mulia Tunku yang pada asalnya tercatat pada laman sosial Facebook miliknya didapati telah dipadamkan.

Semakan di laman media sosial milik bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang itu pada awal pagi Rabu mendapati gelaran kerabat diraja yang digunakannya selama ini telah tiada lagi.

Sebaliknya menerusi akaun tersebut, anak kelahiran Guar Perahu di Pulau Pinang itu hanya mengekalkan gelaran 'datuk seri' selain menambah anugerah doktor falsafah pada profil namanya.

Ketiadaan gelaran 'Yang Mulia Tunku' pada pangkal nama Mohammad Fairus menimbulkan persoalan misteri mengapa ia dipadam.

Akaun tersebut kini boleh dicari atas nama 'DS DrMohd Fairus (Dato Seri DrMohammad Fairus).

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook berkenaan dilihat masih aktif dengan beberapa posting terbaharu kira-kira 10 jam lalu.

Pada Selasa, mStar Online mendedahkan Mohammad Fairus yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bergelar 'Yang Mulia Tunku Datuk Seri Panglima' dengan mendakwa dirinya berasal daripada keturunan kerabat diraja Kedah.

Hasil carian di Internet mendapati Mohammad Fairus 'dimasyurkan' mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja kesultanan Kedah pada 8 Ogos 2015.

Istiadat pemasyuran berkenaan diadakaan serentak dengan Majlis Istiadat Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Nusantara (PSSGN).

Menerusi laman web rasmi PSSGN, dinyatakan bahawa susur galur Mohammad Khairuddin dengan kerabat diraja Kedah adalah melalui bapanya yang menggunakan gelaran 'Tunku Khairuddin Ibni Tengku Che Kama' dari keturunan Almarhum Tuanku Sultan Sir Abdul Hamid Halim Syah Ibni Almarhum Tuanku Ahmad Tajuddin Mukarramsyah iaitu Sultan Kedah yang ke-25.

Tags / Kata Kunci: Mohammad Fairus Khairuddin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan