'Malapetaka Berganda' Menanti Pelajar, Negara Jika DLP Diteruskan - Amanah

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan didakwa boleh mencetuskan 'malapetaka berganda' buat pelajar dan negara ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, kajian menunjukkan bahawa prestasi pelajar akan merosot jika program itu dilaksanakan seperti pelaksanaan program pengajian Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 2013-2015.

"Penyelidikan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) mengenai keberkesanan pelaksanaan PPSMI 2013-2015 mendapati lebih ramai pelajar sekolah rendah dan menengah yang gagal dalam Matematik dan Sains termasuk bahasa Inggeris.

"Ini boleh dinamakan sebagai 'malapetaka berganda' bagi pelajar negara kita," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di sini, Rabu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tindakan ini dilihat mengkhianati keputusan untuk memartabatkan bahasa Melayu di mana persetujuan mengenainya terkandung dalam '7 Wasiat Raja-Raja Melayu' untuk mencapai kemerdekaan.

Sambil menyatakan ketegasan parti itu menyokong Gerakan Bantah DLP, beliau mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwa mengutamakan cadangan Pemandu berbanding Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Katanya, kerajaan seharusnya mengambil kira pandangan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pejuang bahasa serta budaya sebelum membuat keputusan melaksanakan DLP.

"Kita tak tentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi tidak dengan menjadikan ia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

"Peningkatan dalam penguasaan bahasa Inggeris perlu dicapai melalui pengajaran dan pembelajaran sebagai salah satu mata pelajaran dalam sistem pendidikan, bukan dengan mengubah dasar," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin yang turut hadir pada sidang media itu berkata, DLP dilihat sebagai jelmaan kepada PPSMI.

"Ia akan membawa kesan yang sama. Prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tak tunjukkan peningkatan, malah prestasi dalam bahasa Inggeris merosot.

"Jika ia diteruskan kita akan hadapi krisis kekurangan pelajar aliran Sains pada masa akan datang, ia akan menyusahkan dan memberi masalah kepada pelajar serta sistem pendidikan negara," katanya.

Katanya, pelajar tidak boleh dijadikan sebagai eksperimen atau bahan ujikaji, sebaliknya kementerian perlu berpegang kepada dasar pendidikan negara sedia ada.



Tags / Kata Kunci: DLP , PPSMI , Amanah , Pembina

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan