Bekalan Air Masih Terkawal Walau Negara Berdepan El Nino - Span

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 9:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan air masih dalam keadaan terkawal walaupun negara sedang berdepan cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata sehingga kini paras air di empangan utama khususnya di Lembah Klang berada pada paras 90 peratus.

"Hanya dua empangan air di Johor iaitu Empangan Upper Layang dan Empangan Sungai Lebam yang mempunyai simpanan air yang agak rendah iaitu pada paras 30 peratus.

"Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan pula mempunyai paras simpanan air yang rendah," katanya kepada Bernama dan BernamaTV di sini Rabu.

Mohd Ridhuan berkata pihaknya menasihatkan pengguna untuk menggunakan air dengan berhemah kerana fenomena El Nino ini akan menjurus ke paras puncak Februari atau Mac depan.

Jelasnya lagi, SPAN sentiasa bekerjasama dengan operator di seluruh negara untuk memantau kedudukan sumber air di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji rawatan air.

Ditanya mengenai kebarangkalian berlakunya catuan air berjadual seperti yang berlaku pada tahun lepas, beliau berkata berdasarkan situasi semasa, masih tidak ada keperluan untuk melaksanakan catuan air berjadual.

"Punca air sebenarnya bergantung kepada kuasa kerajaan negeri, apa-apa cadangan untuk mengadakan catuan berjadual ini perlu dikemukakan kepada SPAN untuk mendapatkan kelulusan.

"Jadi cadangan kita kepada operator bekalan air supaya memantau lebih rapi, saya rasa kalau ada catuan kita menasihakan operator ini memberikan notis lebih awal kepada SPAN," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan