Himpunan Bantah TPPA Akan Diteruskan Ikut Perancangan - Penganjur

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 8:09 PM

Azlan Awang (kiri) dan Kamaruzaman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur himpunan 'Bantah TPPA' (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik) akan meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini walaupun tidak dibenarkan untuk berkumpul di Dataran Merdeka.


Timbalan Pengerusi Bantah TPPA Azlan Awang, yang merupakan sebahagian daripada jawatankuasa penganjur berkata penganjur akan memastikan perhimpunan itu diadakan secara sah dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Kita akan tetap berhimpun, tetapi akan memastikan ia tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi pada Rabu.

Kumpulan itu sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah bagi menyelesaikan beberapa isu dengan pihak polis dan berkata ia masih menaruh harapan untuk mendapatkan kebenaran untuk berkumpul di Dataran Merdeka.

Permohonan terdahulu oleh pihak penganjur untuk menggunakan Dataran Merdeka telah ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan kawasan itu dikhaskan untuk acara-acara yang diluluskan oleh DBKL.

"Kami telah mengemukakan rayuan ke pejabat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mudah-mudahan, kita akan mendapat jawapannya esok," katanya.

Azlan berkata polis telah mencadangkan satu tempat alternatif untuk perhimpunan tersebut, tetapi ia tidak disukai oleh pihak penganjur.

"Kita tidak mahu mengumumkan lokasi alternatif itu kerana ia akan mengelirukan mereka yang akan menghadiri perhimpunan tersebut. Buat masa ini, kami masih kekal dengan permintaan kami untuk berhimpun di Dataran Merdeka," katanya.

Sementara itu, pengarah perhimpunan Bantah TPPA  Kamaruzaman Mohamad mengesahkan bahawa pemimpin Pakatan Harapan akan mengambil bahagian dalam perhimpunan Sabtu ini.


Pakatan pembangkang sebelum ini berkata ia masih belum membuat keputusan sama ada untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Sebenarnya, mereka telah mengesahkan bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, tetapi pihak media tidak melaporkannya.

"Bagaimanapun, NGO yang menghadiri perhimpunan tersebut terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Ini akan menjadi perhimpunan yang paling terbuka, pada pendapat kami," katanya.
Tags / Kata Kunci: Bantah TPPA , Azlan Awang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan