Tak Jadi Taja Red Giants, Aliff Syukri Tumpu #TerlajakTolong

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara merajuk dengan The Red Giants berhubung isu tajaan musim ini, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mahu menyalurkan sebahagian peruntukan sedia ada itu bagi tujuan amal.

Menurut pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd itu, beliau sedia memperuntukan sebanyak RM500,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Oleh kerana saya tak jadi nak taja pasukan Selangor, lebih baik saya gunakan sedikit peruntukan untuk bantu orang-orang yang lebih memerlukan.

"Lagi pun ramai rakan-rakan Facebook dan pengikut Instagram  cadangkan supaya saya teruskan kerja-kerja amal, bantu orang susah," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan jutawan kosmetik itu membuat keputusan menarik diri daripada menjadi penaja pasukan Selangor.

Menurut usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu, beliau sudah 'tawar hati' dengan 'lamaran' untuk menjadi penaja pasukan bergelar juara Piala Malaysia itu.

Selain itu, Aliff Syukri turut menggesa mana-mana pihak, sama ada pertubuhan bukan kerajaan atau usahawan untuk turut serta dalam projek terbaharunya itu.

Bakal menggunalan tagline dan hashtag #TerlajakTolong, Aliff Syukri membuka permohonan kepada sesiapa yang memerlukan bermula hari ini (Rabu).

"Sesiapa sahaja boleh datang kepada saya, bukan hanya orang Selangor tapi terbuka ke seluruh negara.

"Saya terbuka hati nak tolong orang susah selepas apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara saya dan pasukan Selangor," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan