Adenan Temui Najib - Berita Semasa | mStar

Adenan Temui Najib

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 6:30 PM

Kenderaan rasmi yang membawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kelihatan memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra bagi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu. Pertemuan dipercayai bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan Sarawak.

Kenderaan rasmi Ketua Menteri itu dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra pada pukul 4 petang sebelum keluar dua jam kemudian.

Usaha sekumpulan wartawan yang menunggu di luar pagar kawasan bangunan itu untuk mendapatkan kenyataan Adenan gagal apabila kenderaan yang membawanya tidak berhenti walaupun dikerumuni. 

Adenan pada Sabtu lepas dilaporkan berkata akan berjumpa Najib bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak. 

Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada penduduk di luar bandar. 

Katanya beliau juga akan membangkitkan lagi isu peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang dianggap terlalu kecil. -- Bernama 

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan