Rondaan Bersama PDRM, ATM Tingkatkan Keyakinan Tahap Keselamatan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 3:43 PM

Pasukan petugas khas anti pengganas melakukan rondaan di sebuah pusat membeli-belah di Johor Baru.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan strategik, tarikan pelancong serta tumpuan pengunjung akan dipergiatkan bagi memberi keyakinan keselamatan kepada orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rondaan bersama itu akan dilaksanakan serta-merta untuk menghantar isyarat bahawa keadaan keselamatan di di negara ini berada dalam kawalan pihak berkuasa.

"Kehadiran rondaan bersama antara PDRM dan ATM boleh memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa pihak kerajaan sentiasa mengambil berat tentang sebarang kemungkinan yang boleh berlaku," katanya dalam sidang media di Seri Perdana di sini Selasa.

Rondaan bersama PDRM dan ATM itu adalah antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan di sini Selasa.

Mesyuarat itu bagi membincangkan langkah keselamatan berikutan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , RTM , keselamatan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan