Hanya Pindaan Kecil Kepada Undang-Undang Berkaitan TPPA

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 8:46 PM

Datuk Seri Mustapa Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya pindaan kecil akan dibuat kepada 26 undang-undang dan peraturan negeri serta Persekutuan berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Tidak akan ada banyak pindaan dan sekiranya ada, ia sangat kecil. Lagipun, ia hanya akan melibatkan satu pekeliling yang telahpun dikenal pasti oleh Peguam Negara," katanya kepada pemberita pada majlis Export Day 2016, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), di sini, Selasa.

Mustapa mengulangi bahawa Malaysia akan memuktamadkan pindaan tersebut yang termasuk peraturan buruh dan hak hartanah intelektual dalam tempoh masa dua tahun selepas memeterai perjanjian itu.

Beliau juga mengesahkan perjanjian perdagangan itu kemungkinan besar akan dimeterai pada 4 Februari di New Zealand.

Kandungan TPPA, serta, hasil daripada dua analisis kos dan manfaat akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bermula 26 Januari.

Perjanjian itu memerlukan kelulusan Parlimen sebelum disahkan.
Tags / Kata Kunci: TPPA , Datuk Seri Mustapa Mohamed

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan