Petronas Kurang Perbelanjaan RM50 Bilion Dalam Tempoh Empat Tahun

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 7:08 PM

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM50 bilion (AS$ 11.4bil) dalam tempoh empat tahun akan datang dan menangguhkan beberapa projek, lapor Wall Street Journal.

Syarikat minyak Malaysia ini akan melalui satu lagi pusingan potongan modal dan perbelanjaan operasi, kata akhbar itu yang memetik memo dalaman.

Jurucakap syarikat mengesahkan kandungan memo tersebut.

Petronas berdepan dua hingga tiga tahun kesukaran dan harga minyak mentah boleh mencecah harga purata AS$30 setong pada 2016, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dalam satu temu bual dengan Bloomberg pada 11 Januari.

Kejatuhan harga minyak mentah telah memaksa syarikat dan kerajaan untuk mengurangkan kos memandangkan penurunan hasil daripada jualan hidrokarbon.


Petronas perlu mengimbangi pelaburan dalam projek-projek jangka panjang untuk pertumbuhan masa depan.

Wan Zulkiflee berkata dalam temu bual itu minggu lalu bahawa Petronas kekal komited kepada projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar kerana syarikat itu mengekalkan rancangan perbelanjaan modal sebanyak RM350 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan