Perniagaan Berjalan Seperti Biasa Di Pasar Borong Selayang

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 10:54 PM

-fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehadiran polis di Pasar Borong Selayang tidak menjejaskan operasi hariannya.

Terdapat sekatan jalan raya dilakukan dan pegawai bersenjata meronda kawasan itu tetapi ketika The Star membuat tinjauan pada tengahari Selasa, peniaga dan pekerja di 448 gerai di pasar itu masih menjalankan perniagaan seperti biasa.

Para pekerja mahu melupakan kejadian tembak pada 13 Januari lalu dan meneruskan urusan harian seperti biasa.

Pekerja Bangladesh Md Shohel Rana, 27, berkata, walaupun dengan berlakunya kejadian itu, dia tidak takut datang untuk bekerja.


"Saya tidak berasa takut kerana polis membuat kawalan sepenuhnya," katanya.

Muhammad, 34, dari Myanmar berkata para pekerja hanya mahu menumpukan perhatian kepada urusan mencari nafkah.

Rakan senegaranya, Khalil yang berusia 29 tahun berkata, kejadian itu tidak ada kena mengena dengan orang yang bekerja di pasar itu dan mahu keadaan berjalan seperti biasa.

Gandhi Kaldipan, 49, berkata ramai orang telah membesar-besarkan perkara itu sambil menambah ia 'melibatkan pihak luar'.

"Penduduk di sini telah bekerjasama antara satu sama lain sejak sekian lama. Takde lawan sama kita.

"Kadang-kadang kita bercakap kasar antara satu sama lain tetapi itu hanya cara kita menjalankan perniagaan. Tetapi kita tidak bergaduh, " kata Gandhi, yang telah bekerja di pasar itu selama 20 tahun.

Pada pukul 10 malam 13 Januari, lima lelaki di dalam dua kereta melepaskan tembakan ke arah orang ramai di pasar itu, mencederakan dua warga Myanmar, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang lelaki berusia 34 tahun.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy dan pemimpin MIC bertemu peniaga di pasar itu berikutan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

Menurut polis, 75 suspek telah ditahan dan kira-kira 100 pegawai telah ditempatkan di sana untuk menjaga keamanan.
Tags / Kata Kunci: kes tembak , Pasar borong Selayang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan