Sistem Penyaman Udara Di NICU Hospital Segamat Pulih

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 10:14 AM

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sistem penyaman udara berpusat di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) Hospital Segamat yang rosak sejak 9 Jan lepas telah pulih sepenuhnya pagi Selasa selepas kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan selesai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan rapi dari semasa ke semasa akan dilakukan pihak pengurusan hospital bagi memastikan sistem penyaman udara yang baharu diperbaiki itu terus berfungsi.

"Bagi memastikan keselamatan, keselesaan pesakit serta penjagaan kesihatan terbaik, kementerian dan pihak pengurusan hospital sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menangani sebarang isu teknikal atau penyelenggaraan di hospital kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata sejak kerosakan sistem penyaman udara itu, Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan serta merta dengan memasang dua unit penyaman udara mudah alih serta langkah-langkah kawalan jangkitan kuman bagi mengurangkan risiko jangkitan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan