Pelajar Dilanggar Lori: "Pedih Hati Saya Melihat Semua Ini" - Ibu

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 10:00 PM

Siti Nuraisyah sentiasa diberi semangat dan kata-kata sokongan daripada keluarga tercinta. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KLANG: "Dia begitu berani. Tetapi sebagai seorang ibu, sukar untuk saya menjadi seorang yang tabah. Pedih hati saya melihat anak perempuan saya perlu melalui semua ini."

Ini adalah kata-kata Maimunah Md Razali, ibu kepada Siti Nuraisyah Shahrin, pelajar berusia 13 tahun yang kehilangan kakinya selepas dilanggar sebuah lori, Isnin.


"Tidak ada ibu yang mahu anaknya menderita seperti ini. Hati saya hancur," kata ibu berusia 48 tahun itu ketika ditemui di hospital di mana anak perempuannya sedang dirawat.

Katanya, apa yang boleh dilakukan sekarang adalah berdoa agar Nuraisyah cepat sembuh dan dapat berjalan semula.


Pada Isnin, Nuraisyah sedang menaiki motosikal bersama kakak tirinya Shamim Amira Roslan, 14, untuk pulang ke rumah dari SMK Bagan Terap di Sabak Bernam dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

Sebuah Perodua Kancil dipercayai telah memotong mereka menyebabkan Honda EX5 yang dinaiki mereka terbabas.

Siti Nuraisyah tercampak ke tengah jalan dan ketika itu sebuah lori yang datang dari arah yang bertentangan telah melanggar kakinya.

Buku lali Shamim telah terseliuh kesan kejadian itu.

Menurut bapa tirinya Roslan Sardi, 40, keluarganya baharu sahaja berpindah ke kampung mereka di Sabak Bernam dari Pelabuhan Klang pada pertengahan bulan Disember kerana keperluan keluarga dan kerja.

"Saya memindahkan semua anak-anak saya ke sekolah rendah dan menengah di Sabak Bernam, dengan harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih tenang di kampung.

"Sekarang, saya menyesal dengan keputusan itu. Anak perempuan saya mungkin tak jadi seperti ini jika kami tinggal di tempat lama," kata Roslan, sedih.

Tinjauan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah menunjukkan bahawa terdapat saudara-mara dan rakan-rakan telah datang melawat Siti Nuraisyah.

Siti Nuraisyah yang sebelum ini menjalani pembedahan kenal dengan pelawat yang melawatnya dan berbual dengan sebahagian daripada mereka.

"Luka saya menyakitkan," kata gadis itu lembut ketika ditemui, sambil menambah dia mahu berjalan semula dan berharap dapat pulih tidak lama lagi.

Roslan berkata kaki anaknya yang terputus itu telah hancur dan tidak boleh disambung.

Kaki kirinya telah dipotong di bawah pergelangan kaki, manakala kaki kanannya telah dipotong di bawah lutut.

"Kami semua bersedia untuk menyokongnya sepanjang proses pemulihan dan saya mahu mendapatkannya sebuah kerusi roda dan kaki palsu untuk membantunya berjalan kaki dalam masa terdekat.

"Saya berharap dia dapat ke sekolah tidak lama lagi," katanya, sambil menambah dia juga berterima kasih kepada pengunjung yang memberikan sokongan kepada mereka.

Sementara itu, jurucakap polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh pemandu lori dan pemandu Perodua Kancil pada Selasa dan kenyataan mereka telah diambil.

Semua kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: digilis lori , Siti Nuraisyah Shahrin

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan