Laksa Malaysia Ditawarkan Di Ruang Istirahat Malaysia Airlines

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 12:15 PM

Pelbagai jenis laksa ditawarkan kepada pelanggan di ruang istirahat Malaysia Airlines.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penumpang Malaysia Airlines kini boleh menikmati keenakan laksa Malaysia di ruang istirahat Golden, tempatan dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Syarikat penerbangan itu menawarkan empat jenis laksa iaitu Laksa Kari, Laksa Johor, Laksa Asam Pulau Pinang dan Laksa Sarawak, sebagai langkah untuk memperkenalkan lebih banyak citarasa tempatan kepada penumpangnya.

Ketua Produk Malaysia Airlines, Jascelena Ahmad berkata laksa merupakan satu daripada hidangan istimewa Malaysia yang disukai ramai.

"Dengan bantuan MAS Awana, kami mampu menyediakan 1200 mangkuk setiap hari untuk penumpang kami dan pada masa yang sama mengekalkan rasa istimewa laksa kami," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

"Kami mengesyorkan kepada penumpang kami untuk mencuba laksa yang berbeza kerana setiap menu berkenaan menawarkan rasa unik tersendiri. Setakat ini, Laksa Kari paling mendapat sambutan penumpang," katanya.

Laksa Kari terdiri daripada laksa dalam kuah kari ayam dan dihidangkan bersama-sama udang, tauhu, tauge dan daun pudina manakala Laksa Johor, yang berasal dari negeri Johor, terdiri daripada spaghetti dalam kuah diperbuat daripada ikan dan dihidangkan bersama-sama tauge, hirisan kacang panjang, timun dan sambal.

Laksa Asam Pulau Pinang terdiri daripada laksa dalam kuah pedas dan masam diperbuat daripada ikan dan dihidangkan bersama-sama hirisan bunga kantan, nanas, timun, bawang, cili, dan daun pudina.

Laksa Sarawak pula terdiri daripada mee hoon dalam kuah santan pedas dan dihidangkan bersama-sama hirisan telur, ayam dan udang.

Empat jenis laksa ini membolehkan Malaysia Airlines memperkenalkan keenakan laksa daripada beberapa negeri di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada 7 Dis, 2015, laksa bakal menjadi hidangan istimewa di Golden Lounge. Menu laksa akan ditukar secara mingguan dengan menu laksa berbeza ditawarakan setiap minggu.

Ruang istirahat Malaysia Airlines di KLIA adalah untuk penumpang Kelas Pertama dan Bisnes, ahli Enrich Gold dan Platinum serta ahli oneworld Sapphire dan Emerald.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: laksa Malaysia , KLIA , Malaysia Airlines

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan