Pinda Akta Untuk Wujud Daftar Pelaku Jenayah Terhadap Kanak-kanak

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 8:46 AM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pewujudan satu daftar pelaku jenayah terhadap kanak-kanak antara yang turut dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Langkah itu antara 10 penambahbaikan Akta Kanak-Kanak 2001 bagi memperluaskan maklumat yang mengandungi butir-butir terperinci mengenai pesalah yang melakukan kesalahan jenayah terutamanya terhadap kanak-kanak dan pedofilia.

Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pelaksanaan itu penting bagi tindakan kementerian dan pihak berkuasa menangani masalah keganasan yang melibatkan kanak-kanak.

"Dengan adanya daftar pelaku jenayah ini, orang ramai akan dapat akses terus kepada senarai ini dan ini akan memudahkan, misalnya bagi majikan yang hendak mengambil pekerja, termasuk di pusat asuhan kanak-kanak untuk mengkaji latar belakang bakal pekerjanya," katanya pada sesi penerangan media berhubung rang undang-undang itu di sini, Isnin.

Rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 2 Disember lepas, bertujuan meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di negara ini.

Rohani berkata rang undang-undang itu menyaksikan lebih 70 peratus akta asal dipinda dengan memberi fokus terhadap pengabaian ibu bapa dalam penjagaan anak mereka selain mengenakan hukuman lebih berat terhadap ibu bapa yang mengabaikan anak-anak.

Di bawah pindaan itu, kerajaan turut mencadangkan hukuman denda serta penjara di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dinaikkan dari RM20,000 kepada RM50,000 dan penjara dari 10 tahun kepada 20 tahun.

Selain itu menurut Rohani, pihaknya turut mengemukakan syor penempatan kanak-kanak dalam Penjagaan Berasaskan Keluarga bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, abai dan tidak terkawal.

Katanya pindaan itu turut memperkenalkan elemen baharu iaitu Perintah Khidmat Masyarakat (CSO) dilaksanakan ke atas ibu bapa dan kanak-kanak yang melakukan jenayah, pesalah dewasa yang mendera atau mengabai kanak-kanak selain memansuhkan hukuman sebatan kepada kanak-kanak yang melakukan kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan