Bauksit: Khidmat Bomba Diperlukan Kerana Keadaan Mendesak

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 5:01 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Kerja Raya, Alam Flora serta Majlis Perbandaran Kuantan mencuci jalan dan longkang di sepanjang jalan ke Felda Bukit Goh yang dipenuhi tanah Bauksit. Operasi pembersihan dijalankan selama sebulan bermula di kawasan yang terjejas akibat Bauksit.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Khidmat bomba bagi membersihkan kawasan yang dicemari bauksit di Kuantan, Pahang sangat diperlukan kerana keadaan yang mendesak berikutan kawasan tersebut terjejas teruk akibat kegiatan perlombongan itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mempunyai peralatan yang sesuai seperti penyembur air berkuasa tinggi untuk kerja-kerja pembersihan.

"Kita berada dalam keadaan yang mendesak kerana penduduk telah marah dengan pencemaran yang dibawa lori-lori haram yang mengangkut bauksit ke pelabuhan.

"Bomba mempunyai piagam iaitu untuk membantu rakyat, jadi itu (kerja pembersihan) bukan masalah besar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan dan peralatan kebombaan di sini Selasa.

Baru-baru ini, beberapa pihak mempertikaikan penggemblengan anggota bomba dalam kerja pembersihan sisa bauksit termasuk anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mahu kerajaan tidak lagi menggunakan dana awam untuk kerja pembersihan itu.

Sebaliknya, Fuziah berkata kerajaan perlu mengarahkan pengusaha perlombongan bauksit terbabit untuk menanggung kos pembersihan tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata pihaknya kini sedang berusaha mengenal pasti syarikat yang terlibat termasuk pemilik lori yang membawa bahan galian tersebut sebelum bil pembersihan diserahkan kepada mereka.

"Kalau mereka syarikat yang sah senang untuk kita bagi bil tersebut, namun bagi syarikat haram, ia akan mengambil masa untuk menyerahkan bil itu," katanya.

Selain khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat, turut terlibat dalam pembersihan pencemaran sisa bauksit ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

"Bil dari pihak bomba tidak begitu banyak, tetapi Alam Flora sebagai syarikat konsensi akan memberikan bil itu kepada kita dan kita akan gunakan bil itu (untuk diserahkan kepada yang bertanggungjawab) seperti juga semasa perhimpunan Bersih dahulu," kata Abdul Rahman.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini menerima lima buah jentera 'Amphibious Rigid Inflatable Boat' yang boleh digunakan di dalam air, kawasan cetek dan berbukit.

Jabatan itu turut menerima beberapa kenderaan termasuk 47 buah utiliti 4WD (pacuan empat roda) dan lapan buah Amphibious All Terrain Vehicles (AATV) serta peralatan menyelamat yang lain.

Mengenai musim panas dan kering yang melanda negara sekarang dan dijangka berpanjangan sehingga Mac ini, Abdul Rahman berkata pihak bomba kini bersiap sedia untuk kemungkinan beberapa kebakaran akan berlaku akibat suhu yang melampau.

Tags / Kata Kunci: bauksit , Bomba , Datuk Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan