20 Alat Kesan Pesalah Trafik Ada Saman Tertunggak, Waran Tangkap

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 8:52 PM

Polis trafik Ipoh mengesan pesalah trafik ini dari rumah ke rumah.

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Trafik Bukit Aman dijangka akan memperoleh 20 buah alat Sistem Pengesanan Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) pada Jun tahun ini, bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan saman tertunggak.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus berkata sistem pengimbas ANPR itu akan dipasang pada kereta peronda polis.

"Melalui alat pengimbas ini mereka boleh dikenakan tindakan saman serta-merta di mana alat berkenaan mampu mengesan pesalah trafik melalui nombor plat pendaftaran kenderaan mereka dan terus masuk ke dalam sistem saman polis trafik.

"Pengimbas ANPR menggunakan teknologi Amerika Syarikat bakal digunakan secara meluas di seluruh negara dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Selasa.

Mahamad berkata selain mengesan kes-kes saman, sistem baharu itu juga membolehkan polis mengesan kenderaan jenayah atau yang dicuri melalui nombor pendaftaran plat kenderaan.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada orang awam dibenarkan untuk menjalankan aktiviti marsyal bagi mengawal lalu lintas semasa mengiring kenderaan lain, misalnya rombongan bermotosikal, Mahamad berkata kegiatan itu tidak dibenarkan sama sekali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan