Tukang Buat Kavadi Anggap Kerjanya Satu 'Panggilan'

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 10:10 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pada tahun 1994, Shashikumar Suppiah berada di Tingkatan 5 dan mula melakukan kerja sambilan dengan membuat kavadi, tetapi hari ini ia telah menjadi sumber mata pencariannya.


Dia yang kini berusia 41 tahun mengambil keputusan untuk melakukan kerja itu secara sepenuh masa selepas mengalami serangan jantung pada Jun lepas dan telah diminta untuk tidak terlalu memikirkan tentang penyakitnya itu.

"Saya menganggap ia sebagai satu 'panggilan' dan mungkin ini adalah apa yang Tuhan mahu saya lakukan," kata Shashikumar, yang kini sedang sibuk membuat kavadi di sebuah rumah di Batu Uban.


"Saya tidak menjalani pembedahan, tetapi doktor memberitahu saya untuk 'mengambil mudah' dan tidak membuat sebarang pekerjaan yang penuh tekanan, sesuatu yang telah saya lalui di tempat kerja saya sebelum ini," katanya.

Shashikumar berkata dia memutuskan untuk menceburi bidang membuat kavadi selepas tidak berpuas hati dengan kavadi yang diterimanya untuk memenuhi sumpah yang dibuat.

"Saya memutuskan untuk membuat kavadi saya sendiri. Kemudian saya menerima permintaan untuk membuat kavadi yang hampir sama, jadi saya melakukannya dengan bantuan rakan-rakan, " katanya.

Isterinya R. Parimala, 40, bekerja di sebuah kilang tetapi meletak jawatan dan kini menjadi pengasuh.

"Dia banyak memberikan sokongan sejak saya berhenti kerja dan membantu saya pulih daripada serangan jantung. Dia juga menjaga anak-anak semasa saya menghabiskan masa membuat kavadi. "

Kavadi buatannya yang diperbuat daripada polyfoam berharga antara RM800 hingga RM1,800 bergantung kepada saiz dan hiasan.

"Kerja saya adalah satu kebanggaan, dan saya hanya akan bersetuju untuk membuatnya jika ia dapat disiapkan tepat pada masanya.

"Saya tidak mengenakan upah yang terlalu mahal kerana saya percaya saya melakukannya untuk Tuhan."

Dia mempunyai dua rakan pembantu pada waktu petang selepas mereka berkerja, yang melakukan tugas melekatkan bahagian-bahagian kavadi dan memotong bentuk polyfoam.

"Saya melakukan tugas-tugas seni dan mewarna. Bayarannya lebih kepada mutu kerja saya, bukannya bahan.

"Saya pernah membuat kira-kira lima buah kavadi, tetapi tahun ini saya buat 12 buah," katanya.

Dia boleh membuat kavadi kecil dalam masa beberapa hari, tetapi mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk melakukan hiasan dan kavadi lebih besar.
Tags / Kata Kunci: Thaipusam , kavadi , Shashikumar Suppiah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan