Pendingin Hawa Hospital Selayang Dijangka Pulih Rabu - KP Kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sistem pendingin hawa berpusat di Hospital Selayang yang mengalami kerosakan sejak 5 petang Khamis lepas (14 Januari), dijangka berfungsi semula seperti sediakala pada Rabu (20 Januari).

Menyatakan demikian, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sistem akibat kerosakan pada salah satu daripada empat 'chiller', sedang giat dijalankan.

"Pihak pengurusan Hospital Selayang akan sentiasa memantau rapi keadaan suhu di semua lokasi kritikal serta lain-lain lokasi dan kemajuan kerja-kerja pembaikan oleh Perkhidmatan Sokongan Hospital (Radicare)," katanya.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Dr Noor Hisham berkata, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pesakit, pelawat dan warga kerja beberapa langkah sedang diambil oleh pihak pengurusan hospital.

Antaranya ialah kes pembedahan bukan kecemasan/elektif pada 15 dan 16 Jan terpaksa ditangguhkan dan dijadualkan semula, katanya.

Jelas beliau, alat pendingin hawa mudah alih dibekalkan ke dewan-dewan bedah dan unit-unit kritikal dan juga kipas di tempat-tempat tertentu supaya persekitaran berada pada suhu ditetapkan.

Sehingga kini, katanya 19 buah pendingin hawa mudah alih, 50 kipas dan lima cooler telah diagihkan dan 25 pendingin hawa mudah alih tambahan akan diagihkan dalam jangka masa terdekat.

Dr Noor Hisham berkata, bagi mengelakkan penangguhan jadual pembedahan elektif pada minggu depan, sistem pendingin hawa berpusat akan disalurkan secara optimum melalui kaedah 'load shedding' supaya keadaan suhu lebih stabil di kawasan-kawasan kritikal seperti dewan-dewan bedah, dewan bersalin dan Unit Rawatan Rapi.

Katanya, penyewaan dua chiller baharu yang dipasang hari ini dijangka berfungsi pada 19 Januari (Selasa).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan