K'jaan P. Pinang Digesa Jelaskan Pendirian Mengenai TPPA

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang pada Isnin digesa menjelaskan pendirian mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNG), Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebagai wakil kerajaan persekutuan telah ke Pulau Pinang baru-baru ini untuk menjelaskan bahawa TPPA akan memberikan faedah yang lebih kepada rakyat Malaysia berbanding cabaran.

Katanya banyak sektor swasta, peniaga dan perkilangan telah menyokong TPPA kerana mereka bakal menerima faedah lebih sekiranya perjanjian dapat direalisasikan.

"Kami masih menunggu apakah pendirian kerajaan negeri sama ada mereka akan mengikut dasar parti menolak TPPA atau sebaliknya, mereka harus menjawab kepada rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama pegawai-pegawai kerajaan persekutuan di sini.

Pada 9 Jan lepas, Mustapa dalam Majlis Penerangan TPPA di Universiti Sains Malaysia (USM) menyatakan bahawa Pulau Pinang bakal menerima manfaat yang besar daripada TPPA kerana negeri ini sudah lama membuka pintu kepada pelabur asing.

Zainal Abidin berkata sumber utama kerajaan negeri adalah daripada sektor swasta yang dijanakan oleh kilang-kilang elektrikal dan elektronik melalui pelaburan asing.

"Tiada sebab untuk negeri ini menolak TPPA kerana Pulau Pinang sudah lama mendapat pendedahan pelaburan asing yang menjana kepada ekonomi negeri dan  mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk," katanya.

Jumlah pelaburan asing telah mencapai RM5.4 billion setakat September 2015 dengan 15,009 peluang pekerjaan diwujudkan dengan adanya 87 program dan projek di negeri ini, katanya.

Satu persidangan khas selama tiga hari akan diadakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bermula 26 Jan ini bagi membincangkan penyertaan Malaysia dalam  TPPA.

Kandungan TPPA dan dua kajian impak akan dibentang di Parlimen memandangkan ia memerlukan kelulusan Parlimen sebelum diratifikasikan dalam tempoh dua tahun selepas ditandatangani.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan