Pelancong Jumpa Bangkai Beruang Matahari Terapung

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Bangkai seekor beruang matahari dewasa terapung di Sungai Kinabantangan merupakan perkara terakhir yang ingin dilihat pelancong dari Sweeden, Tommy Eriksson dan isterinya Teuta Hajra ketika menyusuri sungai itu untuk melihat hidupan liar.

Mereka berjaya mengambil gambar bangkai beruang itu kira-kira pukul 6 petang 16 Januari lepas dan berkongsi imej tersebut dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC), Wong Siew Te, Isnin.

Bangkai tersebut merupakan bahagian bawah badan beruang matahari yang dibelah dua dengan kedua-dua kaki belakangnya hilang, dilihat terapung ke hilir Kampung Sukau, berdekatan dengan sebuah estet pertanian.

Menurut Eriksson, isterinya merupakan orang pertama menjumpai bangkai terapung di sungai itu dan apabila mereka melihat dengan dekat, mereka menyedari bahawa ia sebenarnya seekor beruang matahari yang dikerat dua.

Eriksson berkata mereka berasa sedih dan marah setelah melihat bangkai beruang matahari yang mati dipercayai akibat menjadi mangsa pemburuan haram.


"Kami sedih melihat skala penebangan hutan di kawasan ini. Pembunuhan ini sangat kejam. Negara ini mempunyai banyak hidupan liar yang menakjubkan dan saya berharap habitatnya akan dijaga dengan baik," kata Hajra yang menitiskan air mata apabila melihat bangkai haiwan malang itu.

Bangkai beruang matahari itu kemudian ditemukan pada malamnya dengan bantuan anggota Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) dan dihantar ke Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) untuk siasatan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh SWD dan BSBCC, Wong berkata beruang itu dibunuh dengan kejam dan tindakan itu menyalahi undang-undang dan perlu dihentikan segera.

"Populasi beruang matahari sudah terancam dengan kehilangan hutan hujan, dan habitat mereka terjejas kerana pembangunan pertanian.

"Populasi yang ada kini sangat lemah dan terdedah dengan kepupusan. Beruang matahari memainkan peranan penting dalam mengekalkan ekosistem hutan yang sihat.Kehilangan beruang matahari ini tidak bagus untuk hutan yang ada," kata Wong.


Tiada anggaran jumlah yang tepat bagi beruang matahari di hutan Sabah dan haiwan berkenaan yang dijumpai tanpa ibu atau dikurung untuk penjualan haiwan peliharaan biasanya dihantar ke BSBCC untuk pemulihan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan