Ubah Suai Bajet 2016: Ismail Sabri Batal Kunjungan Ke Mesir - Berita Semasa | mStar

Ubah Suai Bajet 2016: Ismail Sabri Batal Kunjungan Ke Mesir

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 7:00 PM

Ismail Sabri.
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak akan menjejaskan pembangunan luar bandar yang dirancang, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengoptimumkan perbelanjaan dalam bentuk lain seperti mengurangkan perjalanan ke luar negara dan mengadakan mesyuarat serta seminar di dewan atau hotel milik kementerian.

Ismail Sabri berkata, beliau sepatutnya ke Mesir tidak lama lagi setelah dijadualkan menghadiri majlis graduasi melibatkan pelajar Malaysia namun membatalkannya serta meminta Kedutaan Malaysia untuk mewakilkannya.

"Biasanya perjalanan ke luar negara banyak tapi tahun ini kalau ada pegawai yang sudah bertugas di luar negara kita serahkan perkara itu kepada pegawai berkenaan atau minta kerjasama Kedutaan Malaysia di sana," katanya ditanya mengenai langkah kementerian berhadapan dengan pengubahsuaian Bajet 2016.

Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan