Isu Penggunaan Vape Masih Samar

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu penggunaan vape masih 'kabur' selepas negeri-negeri menyatakan pendirian berbeza mengenai perkara tersebut.

Pakar kesihatan kini berbelah-bahagi mengenai manfaat vape dan orang ramai masih keliru berhubung hak mereka untuk menggunakan produk tersebut.

Adakah penggunaan vape diputuskan kerajaan Persekutuan atau negeri?

Persoalan ini masih belum jelas dikalangan pengamal undang-undang.

Menurut peguam kanan, Datuk Salehuddin Saidin, kerajaan negeri boleh mengharamkan penjualan dan perbuatan vape mengikut undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata kerajaan negeri berhak tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga vape dan melarang penggunaan alatan tersebut di kawasan yang ditetapkan.

"Ia tiada beza daripada menguatkuasakan larangan zon merokok," katanya.

Kerajaan Melaka mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape manakala Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang telah sama ada mengharamkan jualan atau memikirkan larangan penjualan produk itu di kalangan orang Islam.

Beberapa negeri lain masih diam membisu mengenai perkara tersebut sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan.

Peguam kebebasan awam, Syahredzan Johan berpendapat bahawa kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada menggunakan vape kerana perkara itu hanya boleh diputuskan di peringkat kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata kerajaan negeri bagaimanapun boleh mengharamkan penjualan rokok elekrtonik menerusi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

"Jika perniagaan itu diharamkan, peniaga boleh mempertikaikan tindakan tersebut sebagai tidak adil dan tidak munasabah, jika ia dikenakan selepas lesen dikeluarkan.

"Jika kerajaan cuba menghentikan orang ramai menggunakan vape, ia boleh dicabar di mahkamah kerana undang-undang itu hanya diputuskan kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang umat Islam daripada menggunakan vape hanya berkuatkuasa apabila ia diwartakan.

Peguam jenayah Joshua Tay juga berkata hanya Kerajaan Persekutuan boleh memutuskan penggunaan vape sebagai perbuatan jenayah kerana sekatan keseksaan bukan terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata Kementerian Kesihatan sedang mengkaji untuk memasukkan peraturan penggunaan vape dan rokok elekronik di bawah Akta Racun.

Katanya, Akta 1952 itu akan dipinda tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Ia tidak akan diharamkan," katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan