Tiada Virus Serotip Baharu Denggi - TKP Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 11:10 PM

Lokman Hakim Sulaiman

Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada virus serotip baharu bagi demam denggi ditemui dan kemungkinan wujudnya serotip baharu Den 5 yang dilaporkan media masih belum disahkan secara saintifik. 

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan varian/strain/serotip berkenaan dan kesan kesihatan awam serta klinikalnya.

"Jika kita boleh menguruskan dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk aedes, kita mampu menangani masalah denggi, tidak kira apa pun jenis virus serotip yang datang," kata Dr Lokman Hakim dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya dari segi perubatan, tiada ubat khusus yang boleh digunakan untuk membunuh virus denggi yang ada sekarang.

Oleh itu, rawatan bagi varian/strain/serotip baharu itu bukan satu isu kerana asas sedia ada terus kekal dalam menguruskan pesakit denggi, kata Dr Lokman Hakim.

"Walaupun kemungkinan virus itu untuk merebak (daripada monyet kepada manusia) tetap ada, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi denggi dan banyak lagi 'flavivirus' (seperti virus demam kuning) sejak wujudnya kitaran 'sylvatic'.

"Bagi kawalan kesihatan awam, pendekatannya sama. Oleh kerana ia berkongsi vektor nyamuk yang sama, asas kawalan denggi diguna pakai dalam mengurangkan puncanya," katanya.

Dr Lokman Hakim berkata bagi pesakit individu, diagnosis daripada makmal semasa di hospital yang digunakan di seluruh dunia akan dapat mengesannya.

Ini disebabkan antibodi ketika ini boleh digunakan untuk pemeriksaan berikutan antibodi yang dihasilkan ketika menghidap denggi sering menunjukkan ada sedikit tindak balas silang antara semua virus serotip denggi, katanya.

Pendekatan diagnostik molekul boleh digunakan di mana flavivirus primer tertentu digunakan untuk memilih virus serotip berkenaan dan seterusnya menentukan identitinya, kata Dr Lokman Hakim. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan