63,000 Pelajar Mohon Sertai PLKN Mac Ini

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 8:26 PM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) telah berjaya menarik minat seramai 63,000 pelajar yang memohon menyertainya secara sukarela sejak ia dibuka November tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, jumlah itu dijangka akan terus meningkat dengan bantuan pihak sekolah yang memainkan peranan dalam menggalakkan para pelajar untuk menyertai program tersebut.

"PLKN 2.0 yang akan bermula pada Mac ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama meliputi latihan di dalam kem selama lapan minggu, manakala fasa kedua, pelajar boleh memilih untuk menyertai kursus kemahiran di institusi kemahiran yang ditawarkan bagi tempoh tiga hingga 36 bulan.

"Program kemahiran ini melibatkan pelbagai bidang seperti automotif, kimpalan dan elektrikal," katanya pada sidang media Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, Ahad.

Mohmed Asri berkata, ia merupakan landasan yang baik bagi membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi untuk menyertai program kemahiran.

Usaha ini adalah hasil kerjasama JLKN dengan 10 agensi kerajaan yang turut melibatkan 400 institusi kemahiran.

Sementara itu, Yayasan Briged Kesukarelawan Khidmat Negara juga telah ditubuhkan bagi memberi peluang kepada lebih 800,000 alumni pelatih PLKN untuk menyertai aktiviti khidmat masyarakat secara sukarela.

"Yayasan ini akan diterajui oleh ahli alumni sendiri dengan menganjurkan program-program berasaskan perpaduan, kenegaraan dan kesukarelawan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: PLKN

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan