Dua Lagi Pegawai PTG Pahang Akan Didakwa Isnin - SPRM

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas pertuduhan rasuah berkaitan perlombongan bauksit. 

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama. 

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. 

Pada 13 Januari lepas, dua pegawai jabatan itu iaitu Penolong Pegawai Tanah Fadly Ab Malek, 35, dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, telahpun dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pelombong haram bauksit.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 5 Februari depan.

Sehingga kini, SPRM telah menahan dan memanggil untuk direkodkan percakapan seramai 14 orang iaitu 10 pegawai PTG Pahang dan empat orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit. - Bernama

Tags / Kata Kunci: PTG , bauksit , SPRM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan