Pengubahsuaian Bajet: Peniaga Diberi Amaran Tidak Naikkan Harga Barang

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 3:21 PM

Hamzah Zainuddin.
(Ubah saiz teks)

LARUT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan pengubahsuaian Bajet 2016 akhir bulan ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan semua penguatkuasa untuk mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara bagi mengelak tindakan mengaut keuntungan secara berlebihan oleh peniaga.

"Saya tidak mahu ada peniaga ambil kesempatan terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Maktab Koperasi Malaysia (MKM) di sini, Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Januari lepas mengumumkan kerajaan akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan yang mencabar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengubahsuaian Bajet 2016 itu antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Menjelas lanjut mengenai pengubahsuaian bajet itu, Hamzah menyarankan rakyat supaya turut menyesuaikan gaya hidup dengan keadaan ekonomi semasa termasuk mengoptimumkan perbelanjaan.

Beliau mengambil contoh masyarakat luar bandar yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sederhana sehingga mereka tidak terlalu terjejas dengan kelembapan ekonomi global ketika ini.

"Projek yang tidak menjadi keutamaan boleh ditangguhkan. Apa pun yang kita buat jangan sampai rakyat tertekan," kata Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kerajaan akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berikutan pengubahsuaian bajet itu, Hamzah berkata ia merupakan satu tindakan untuk mengelirukan rakyat.

"(Saya) sebagai anggota kabinet, kita tidak pernah bincang perkara ini dalam mesyuarat kabinet dan saya tegaskan kerajaan tidak mungkin menyusahkan rakyat.

"Sebaliknya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak tertekan walaupun keuntungan yang diperoleh kerajaan berkurangan," katanya.

Program khidmat masyarakat selama tiga hari itu yang bermula semalam merupakan usaha untuk memperkenal dan mendekatkan MKM kepada masyarakat setempat di samping memupuk semangat kekitaan serta mengeratkan silaturrahim antara masyarakat.-- Bernama



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan