El Nino: Kerajaan Pusat Bantu Kerajaan Jika Bekalan Air Kritikal

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Kerajaan pusat akan membantu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) jika bekalan air kepada penduduk di negeri ini, kritikal akibat fenomena El Nino.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan RM30 juta kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mengatasi masalah bekalan air.

"Jika peruntukan itu masih tidak mencukupi akibat kesan El Nino kerajaan pusat bersedia untuk menimbang peruntukan tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara di Sekolah Menengah Sains Machang di sini, Sabtu.

Lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada guru dan pemimpin masyarakat menghadiri seminar berkenaan.

Ahmad Jazlan yang juga Anggota Parlimen Machang mengulas perancangan AKSB yang akan menggunakan sumber air bawah tanah melalui telaga tiub bagi menampung kekurangan bekalan air yang mungkin berlaku berikutan fenomena El Nino.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan Datuk Hanifa Ahmad dilaporkan berkata setakat ini terdapat lebih 30 telaga tiub yang boleh membekalkan air kepada 33 loji rawatan air di negeri ini.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan pusat sentiasa memberi fokus utama untuk membantu Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air.

Beliau berkata ini disebabkan negeri itu paling banyak mempunyai masalah dalam usaha membekalkan air bersih kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar, berbanding negeri lain.

"Tiada ancaman El Nino pun Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang sering kali terputus akibat batang paip lama yang berkarat sejak puluhan tahun tidak diganti dengan paip baharu, apatah lagi jika berlaku fenomena itu," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: AKSB , El Nino , Ahmad Jazlan Yaakub

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan