APMM Tenggelam 243 Bot Jadi Tukun Tiruan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 5:44 PM

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar (kanan) menerangkan keupayaan enjin bot jenis Mercury 60HP kepada Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ogu Salim Omar (tiga, kiri) pada Majlis Penyerahan Bot Lucut Hak kepada JPAM di Pangakalan Maritim Kuala Kedah, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 243 bot lucut hak ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan negara sejak 10 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Beliau berkata sebahagian besar daripadanya ditenggelamkan di pantai timur, perairan Sabah dan Sarawak serta pulau berhampiran perairan Kedah dan Pulau Pinang.

"Kita dapat manfaatkan bot yang telah dilucut hak bagi kepentingan rakyat.

Kita akan teruskan usaha ini dan ia akan tingkatkan lagi ruang dan peluang untuk rakyat dapat keuntungan dari segi ekonomi dan pelancongan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bot lucut hak APMM kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di sini, Jumaat.

Sebanyak tiga bot beserta dua enjin disampaikan Ahmad Puzi kepada Ketua Pengarah JPAM, Ogu Salim Omar di Pangkalan Maritim Kuala Kedah.

Ahmad Puzi berkata penyerahan bot beserta enjin tersebut bertujuan membantu JPAM menguruskan operasi banjir serta operasi menyelamat sekiranya berlaku sesuatu bencana. 

Sementara itu Ogu berkata JPAM kini dalam proses meningkatkan aset keselamatannya dan pemberian bot tersebut secara tidak langsung mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

"Bot ini akan digunakan sepenuhnya untuk selamatkan mangsa banjir dan untuk rondaan pantai selain tugas menyelamat di perairan bersama APMM," katanya. 

Terdahulu dalam ucapan yang dibacakan Ahmad Puzi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bot lucut hak wajar dimanfaatkan secaraoptimum dan tidak wajar untuk dimusnahkan.

"Saya sendiri telah minta JPAM guna bot lucut hak yang masih elok bagi melaksanakan pengurusan bencana amnya dan di dalam tugas bantuan banjir khususnya," katanya yang merintis idea tersebut. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: APMM , bot , tukun tiruan , Ahmad Puzi Ab Kahar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan