Mindef Kenal Pasti Kawasan Berpotensi Diserang - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 5:00 PM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang media selepas mempengerusikan Program Hala Tuju Mindef 2016, Jumaat. Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum serta Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan). -

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Kementerian Pertahanan akan mengenal pasti lokasi tertentu termasuk di Sabah yang berpotensi dijadikan lokasi serangan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dibuat susulan insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia semalam.

"Ia juga sebagai langkah memperkukuh keselamatan negara dan ketenteraman awam agar insiden sedemikian tidak berlaku di Malaysia.

"Ini kerana, ancaman kita yang terdekat ialah di Sabah di mana kita  perlu berwaspada dengan setiap serangan anasir luar dan perlu ditangani secara serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, Jumaat.

Hishammuddin berkata insiden letupan di Jakarta adalah serius dan Malaysia tidak harus mengambil mudah tentangnya kerana kumpulan Daesh tidak pernah melakukan tindakan di rantau ini.

"Kejadian di Jakarta membuktikan kebimbangan kita yang saya sebutkan secara konsisten selama ini. Kita akan perkukuhkan kawalan dengan kerjasama semua agensi keselamatan, katanya.

Hishammuddin berkata beliau turut menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu untuk bertanyakan perkembangan insiden itu.

"Saya akan ke Arab Saudi bersama Pak Ryamizard dalam masa terdekat untuk membincangkan agenda bagaimana negara sana (Arab Saudi) menangani keganasan Daesh dan belajar daripada pengalaman mereka," katanya. 

Selain itu, Kementerian Pertahanan juga mengambil inisiatif membendung perkara itu dengan bekerjasama rapat dengan polis, pasukan risik ketenteraan dan Cawangan Khas bagi menjamin keselamatan negara.

Dalam kejadian di pusat bandar Jakarta semalam, tujuh orang disahkan maut dan 13 lagi termasuk lima anggota polis parah.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Hussein , Mindef , Daesh , Jakarta

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan