Malaysia Kutuk Insiden Letupan Bom Di Jakarta

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 12:04 AM

Dua orang awam dilaporkan maut dalam insiden letupan di Jakarta.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia pagi Khamis yang mengorbankan nyawa dan mendatangkan kecederaan kepada orang awam yang tidak berdosa.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Khamis berkata susulan kejadian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi Presiden Joko Widodo untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati kerajaan Malaysia kepada pemerintah serta rakyat Indonesia.

"Kementerian ingin mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan bom tersebut. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan Indonesia dan memantau perkembangan terkini," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jika ada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 0062 21 5224 947 atau melalui emel kedutaan, mwjakarta@kln.gov.my.

Selain itu, boleh menghubungi alamat kedutaan di Jalan H.R. Rasuna Said Mukim. X/6, No. 1-3 Kuningan Jakarta Selatan 12950 Republik Indonesia.

Tujuh orang disahkan maut dalam kejadian serangan bom di luar kawasan Gedung Sarinah di Jakarta pada 10.50 pagi tadi, manakala 13 lagi dilaporkan parah termasuk lima anggota polis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: letupan , Jakarta

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan