Pemandu 'Lori Hantu' Rempuh Dua Pelajar Perlu Terima Hukuman Berat

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 10:24 PM

Dua pelajar sekolah menengah maut selepas lori hantu terbabas lalu merempuh mereka.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tragedi melibatkan dua pelajar perempuan sekolah menengah pada Khamis sebagai 'malang' dan mahu pesalah tersebut menerima hukuman berat.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Insiden ini sepatutnya tidak berlaku," katanya kepada The Star.

Liow berkata kenderaan perdagangan terutamanya lori dipantau ketat oleh kementerian tersebut.

Katanya, beliau menyedari dakwaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah 'lori hantu'.

"Saya mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membantu siasatan polis. Kebenaran perlu dirungkai secepat mungkin," katanya.

Liow menegaskan kemalangan jalan raya merupakan isu serius di negara ini dan kementerian sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Terdahulu, dilaporkan seramai 19 hingga 20 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Malaysia setiap hari.

Kira-kira 60 peratus daripada kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.




Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , lori hantu , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan