Letupan Jakarta Seperti Zon Perang

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 9:11 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat, Chandran Ravi segera mengemas begnya untuk mendaftar keluar dari hotel dan terus pulang ke Malaysia susulan kejadian letupan di pusat bandar Jakarta.

Keadaan di lobi hotelnya menjadi huru-hara dengan beberapa letupan bom kedengaran dengan jelas.

Menurut Chandra, dia bergegas ke lobi hotel selepas berlakunya letupan pertama.

"Sebaik sahaja saya sampai di sana, saya terdengar bunyi letupan yang lain," katanya sambil menambah bahawa dia mendengar lima letupan dalam beberapa minit.

Tambah beliau, keadaan menjadi lebih huru-hara apabila pihak keselamatan hotel melakukan sekatan di pintu masuk utama.

"Mereka menyusun sofa dan kerusi untuk menyekat pintu masuk. Saya boleh mendengar bayi menangis dan tetamu hotel mula menelefon ahli keluarga dan orang tersayang.

"Keadaannya seperti zon pertempuran dengan kehadiran pihak polis dan tentera di tempat kejadian. Saya dapat melihat asap di jalan raya," katanya.

Chandran yang berada di tingkat lima hotel Sari Pan Pacific berkata beliau segera bersiap sedia untuk berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan kerja di sana apabila dia mendengar letupan pertama pada kira-kira 10 pagi waktu tempatan pada Khamis.

Hotelnya terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah Sarinah iaitu lokasi kejadian serangan itu berlaku.

"Saya melihat dari tingkap untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Saya dapat melihat ramai orang sedang melarikan diri dari kompleks membeli-belah itu," katanya kepada The Star melalui telefon pada Khamis.

Dia berada di Jakarta sejak Isnin.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan