Rafidah Gesa Najib Ikut Jejak Langkah Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 10:04 PM

Rafidah Aziz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyedari bahawa bukan mudah bagi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai standard tertinggi dan kepimpinan tersohor yang ditunjukkan Allahyarham bapanya.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat, Rafidah menyatakan harapan agar Perdana Menteri itu menggumpul segala kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sama seperti dilakukan bapanya, Tun Abdul Razak.

Beliau berkata, dalam pelbagai bidang rakyat Malaysia dan kerajaan tidak boleh dihalang keusangan seperti dalam minda dan amalan seharian.

"Semuanya berakhir di meja PM dan penting bagi beliau untuk mempunyai penasihat yang yang boleh menasihat secara objektif tidak kira betapa pahit demi mendahulukan kepentingan negara dan rakyat.

"Beliau perlu mempunyai sumber maklum balas yang meluas sebelum membuat keputusan," katanya.

Rafidah berkata Najib perlu berpegang teguh kepada nilai dan prinsip asas yang mencerminkan kepimpinan yang baik.

"Beliau juga perlu melakukan apa yang betul, tidak apa yang boleh diinterpretasikan secara subjektif sebagai 'bagus'.

"Amat penting juga bagi beliau untuk mendengar yang manis dan yang masam, asalkan datang dari mereka yang berniat baik dan betul," katanya.

Jelas beliau, usaha serius harus dilakukan untuk memperbetulkan keadaan dan menghentikan kerisauan serta keraguan daripada berterusan.

"Mereka yang dipertanggungjawabkan memperbetulkan keadaan, mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan integriti dan ikhlas tanpa takut atau pilih kasih.

Malah Rafidah turut menggesa Najib supaya mengikut jejak langkah bapanya yang memacu Malaysia ke tahap kejayaan lebih tinggi berpegang kepada politik untuk pembangunan dan perpaduan nasional.

Tags / Kata Kunci: Rafidah Aziz , Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan