Sultan Johor Mahu Ketua Agama Bukan Islam Bantu Satukan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 5:28 PM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu semua ketua agama bukan Islam di negeri ini melaksanakan tanggungjawab mereka membantu menyatupadukan rakyat.

Beliau yang menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene pada Khamis, bertitah tanggungjawab seseorang ketua agama adalah menyatupadukan rakyat dan memastikan mereka sentiasa hormat-menghormati, meskipun berlainan latar belakang.

"Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain.

"Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa di sini untuk anda (ketua agama)," titah baginda ketika menerima kunjungan hampir sejam rombongan itu di sini.

Terdahulu, rombongan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut dipelawa menghadiri majlis santapan tengah hari bersama baginda di istana berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Tee berkata pertemuan itu merupakan detik bersejarah kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata walaupun Sultan Ibrahim merupakan Ketua Agama Islam, baginda  mengamalkan sikap terbuka dan mahu berinteraksi dengan pemimpin agama lain.

"Usaha dilakukan ini seiring dengan konsep Bangsa Johor yang menekankan permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang bagi mencapai sesuatu impak yang positif dan besar kepada pembangunan.

"Semangat inilah yang memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi apabila berkaitan pembangunan inklusif seperti politik, sosial dan ekonomi yang secara umum memanfaatkan masyarakat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan