MPS Perlu Jelaskan Provokasi Iklan #BebasAnwar - Sohaimi

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap papan iklan gergasi #BebasAnwar yang dipasang di Selayang kerana ia jelas berbentuk provokasi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, billboard tersebut didakwa dinaikkan demi kepentingan pihak tertentu dan ia dilihat sebagai kempen politik.

"Ia satu bentuk provokasi untuk membangkitkan sentimen dan meraih simpati rakyat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini strategi terancang Parti Keadilan Rakyat. PBT yang beri kelulusan kena bertanggungjawab sepenuhnya, mereka mesti beri penjelasan," katanya kepada mStar Online, Khamis.


Datuk Sohaimi Shahadan

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor mengulas mengenai billboard #BebasAnwar yang dipasang Ahli Parlimen Selayang William Leong, berhampiran Hospital Selayang baru-baru ini.

William, pada Rabu mendakwa papan iklan itu dipasang mengikut prosedur dan telah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Mengulas lanjut Sohaimi berkata, papan iklan seperti itu tidak wajar diberi permit kerana sifatnya yang menghasut, selain mendorong pihak atau parti lain melakukan tindakan serupa.

"Jika ini boleh berlaku dan PBT terus bagi kelulusan, selepas ini tolong benarkan Barisan Nasional/Umno atau parti lain buat perkara sama, misalnya papan iklan untuk menentang dasar-dasar kerajaan negeri Selangor.

"PBT selepas ini perlu adil dan beri layanan sama jika ada yang mahu menaikkan billboard berkaitan politik," katanya.

Tahun lalu, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Anwar bersalah dalam kes liwatnya dan kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Papan iklan #BebasAnwar di Selayang dengan gambar ketua pembangkang berserta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu adalah yang kedua selepas yang pertama di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang dinaikkan.

William dan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka percaya lebih banyak papan iklan seperti itu akan dipasang dalam masa terdekat.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan