Pengubahsuaian Bajet 2016 Wajar - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016, yang bakal dibentangkan pada 28 Januari ini adalah suatu tindakan yang wajar, berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kelemahan ringgit.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata meskipun baharu dibentangkan pada Oktober lepas, keadaan ekonomi kini banyak berubah berbanding pada masa Bajet 2016 dibentangkan.

"Keadaan (ekonomi) sudah berubah dengan begitu ketara. Saya fikir, mahu ataupun tidak, pengubahsuaian (Bajet 2016) ini harus dilakukan," katanya selepas menyaksikan majlis pelantikan pengedar Proton baharu di sini Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.

Najib berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.

Harga minyak mentah dunia pada Khamis berada pada paras US$30 setong berbanding kira-kira US$45 setong semasa Bajet 2016 dibentangkan pada Oktober lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan