Penambahbaikan KADS1M Diumum Mac, Naik Taraf Jadi Kad Debit

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 8:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penambahbaikan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akan diumum Mac ini antaranya dinaik taraf menjadi kad debit, kata  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penglibatan rakan dagang kad siswa itu juga akan ditingkatkan dari 402 syarikat sekarang, katanya.

"Kad diskaun dinaik taraf sebagai kad debit tentunya boleh memberi lebih manfaat kepada mahasiswa dan boleh digunakan dengan lebih meluas," katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna dan persatuan peniaga di kementeriannya di sini Khamis.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian bagi tempoh melebihi setahun sejak 2012 untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar.

Mengenai pertemuan itu, Hamzah berkata ia memberi peluang kepada NGO pengguna dan wakil persatuan serta dewan perniagaan, berkongsi pandangan mengenai isu kos sara hidup, dengan kementerian menjadi perantara dalam mewujudkan keseimbangan kepentingan antara pengguna dan peniaga.

"Kita gabungkan mereka ini supaya masing-masing tahu, dan tugas kementerian ialah menyeimbangkan saranan kedua-dua pihak agar dapat sama-sama memainkan lebih peranan dalam meringankan masalah pengguna dan pada masa sama, kepentingan peniaga turut diambil kira," katanya.

Seramai 354 wakil NGO pengguna, persatuan peniaga dan dewan perniagaan hadir pada sesi pertemuan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KADS1M , KPDNKK , Hamzah Zainuddin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan