Bauksit: Penguatkuasa Di Empat Lokasi Pastikan Industri Patuhi Moratorium

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 4:00 PM

Pekerja Road Care bersama Anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Alam Flora dan Majlis Perbandaran Kuantan mencuci longkang yang dipenuhi tanah Bauksit di sepanjang jalan ke Felda Bukit Goh yang dipenuhi tanah bauksit, Khamis. Operasi pembersihan akan dijalankan selama sebulan bermula hari ini di kawasan yang terjejas akibat bauksit.

(Ubah saiz teks)

SANTUBONG: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menempatkan penguatkuasa di empat stesen bagi memantau moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula Jumaat.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad berkata pihaknya telah mengatur pergerakan penguatkuasa bagi memastikan pihak industri yang terlibat mematuhi moratorium dalam tempoh tiga bulan itu.

Katanya selain penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), penguatkuasaan akan turut dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia serta beberapa agensi penguatkuasa yang lain.

"Kita akan stesenkan penguatkuasa pertama di pintu masuk pelabuhan, kedua di kawasan stok simpanan bauksit, ketiga di kawasan lombong dan keempat melalui rondaan di atas jalan raya," katanya dalam satu sidang media di sini, Khamis.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Menterinya Datuk Hamim Samuri.

Azizan berkata jika berlaku pelanggaran oleh pihak industri sepanjang moratorium tindakan undang-undang akan diambil mengikut bidang kuasa jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan.

Pada 6 Jan lalu, Wan Junaidi mengumum kerajaan memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet dengan menggariskan beberapa langkah perlu diambil oleh pihak industri yang terlibat, dalam tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah pencemaran akibat aktiviti berkenaan. --Bernama

Tags / Kata Kunci: bauksit , JAS , Azizan Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan