Keputusan STAM 2015 Diumum 21 Januari

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 akan dikeluarkan pada 21 Januari ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak  8,982 calon menduduki peperiksaan itu di 128 pusat peperiksaan pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 2,130 orang, sekolah menengah agama negeri (4,703), sekolah menengah agama rakyat (705), calon persendirian (1,419) dan sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan kementerian (25).

"Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar," katanya.

Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan STAM melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM jarak angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu diaktifkan mulai 10 pagi pada 21 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Januari.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: STAM , Kementerian Pendidikan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan