Jabatan Penjara Nafi Banduan Lari - Berita Semasa | mStar

Jabatan Penjara Nafi Banduan Lari

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 1:44 PM

Jabatan Penjara di Kajang. Foto sunshinekelly.com

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Penjara pada Khamis menafikan dakwaan mengenai empat banduan melarikan diri dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, berita berkenaan yang kini tersebar di media sosial adalah tidak benar.

"Berita tersebut adalah sama sekali tidak benar. Tidak ada mana-mana banduan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Udang atau mana-mana penjara lain," kata jabatan itu.

Pada Khamis, berita yang mendakwa empat banduan berjaya melarikan diri dari Penjara Sungai Udang tersebar di media sosial.

Jabatan Penjara akan membuat laporan polis berhubung penyiaran berita berkenaan yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej jabatan itu dan boleh menimbulkan situasi cemas kepada masyarakat sekitar.


Tags / Kata Kunci: Jabatan Penjara
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan