1MDB: Hentikan Tuduhan, Pelan Rasionalisasi Berjaya

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 10:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Parti pembangkang perlu berhenti daripada bermain politik sebaliknya, menerima hakikat bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjaya dalam usaha rasionalisasinya, kata pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sambil menggesa mereka supaya berhenti membuat tuduhan itu, beliau mendakwa Anggota Parlimen DAP Tony Pua melancarkan satu lagi tuduhan kitar semula, yang kali ini melalui serangan peribadi dan memfitnah Presiden dan Pengarah Ekskutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dengan mendakwa Arul menyembunyikan kerugian berjumlah berbilion ringgit.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mengulangi berita dan maklumat basi, kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Pertunjukan nyanyian dan tarian ini merupakan suatu usaha terdesak pembangkang untuk menjadikan isu 1MDB sentiasa hidup sedangkan pada hakikatnya, ia sudah tidak lagi merupakan isu kritikal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Abdul Rahman berkata Pua, yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, nampaknya tetap dengan pendiriannya yang berbilion ringgit telah dicuri daripada 1MDB walaupun hakikatnya, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan audit khas Ketua Audit Negara terhadap 1MDB sudah semakin siap.

"Siasatan PAC dan laporan Audit AG (Ketua Audit) dibuat berdasarkan bukti dan keterangan, ia perlu dihormati sebagai sumber yang benar untuk menentukan sama ada berbilion ringgit telah dicuri," katanya.

Abdul Rahman berkata beliau selalu mengesyaki pembangkang tidak pernah mahu pelan rasionalisasi 1MDB berjaya dan sanggup bersusah payah untuk melemparkan tuduhan secara berterusan sejak tahun lepas.

Perkara yang disyakinya itu diperkuatkan lagi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pada Rabu bahawa beliau telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di negeri itu menyekat penjualan tanah 1MDB berharga RM1.3 bilion dengan alasan wang 1MDB adalah wang orang ramai dan 1MDB bukan pemilik 100 peratus tanah itu.

"Peliknya, kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai masalah untuk membenarkan 1MDB membeli tanah sama pada 2013 dan mengutip pelbagai yuran daripada pemindahan hak milik tanah itu, tetapi apabila 1MDB ingin menjual tanah itu sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasinya, Pulau Pinang menyekatnya pula.

"Bagi saya, ini suatu kes jelas untuk mensabotaj usaha rasionalisasi 1MDB dan tidak rasional atau mempunyai sebarang asas dari segi undang-undang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Abdul Rahman Dahlan , Tony Pua

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan