Galeri Interaktif Bantu Generasi Muda Kenali Pemimpin Lampau - PM

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 4:30 PM

Ketua Pengarang Star Media Group, Datuk Leanne Goh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan galeri interaktif Memorial Tun Abdul Razak, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Galeri Interaktif di Memorial Tun Abdul Razak yang dilancarkan pada petang Khamis disifatkan sebagai usaha supaya generasi muda negara dapat mengenali pemimpin terdahulu, terutama daripada segi sumbangan dan jasa mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dilihat sebagai kesinambungan untuk menghayati pengorbanan pemimpin sebelum ini, di samping memahami hala tuju masa depan negara.

Mengimbas kembali memorial yang didirikan di kediaman lama keluarganya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Arkib Negara Malaysia, Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di atas inisiatif mewujudkan galeri tersebut.

"Terima kasih kerana menjadikan memorial ini lebih menarik lagi. Saya dan keluarga pada petang ini sudah tentu sarat dengan memori.

"Saya yakin dan percaya kita hendak memorial ini lebih menarik dan kita perlukan bahan yang statik kepada interaktif," katanya pada majlis pelancaran galeri interaktif  di Memorial Tun Abdul Razak di sini, Khamis.

Memorial Tun Abdul Razak dibuka secara rasmi pada 6 Mei 1982 bagi memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Perdana Menteri Malaysia kedua yang juga bapa kepada Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Najib berkata, inisiatif galeri interaktif itu turut dilihat sebagai usaha yang memberi makna kepada institusi perdana menteri yang menjadi tonggak pentadbiran negara, supaya negara lebih kukuh dan dihormati.

"Kaedah baharu ini bukan sahaja perlu diadakan di memorial ini bahkan juga di tempat lain.

"Saya berharap ia dapat menarik perhatian rakyat Malaysia dan juga pelancong luar. Semoga ia (memorial) terus diabadikan sebagai khazanah negara," kata Najib.

Memorial Tun Abdul Razak dipilih sebagai tempat tercetusnya idea galeri interaktif sempena 40 tahun pemergian Tun Abdul Razak yang merupakan Bapa Pembangunan Malaysia.

Galeri interaktif ini bertujuan untuk menjadikan bahan-bahan yang bersifat statik yang dapat dilihat oleh pengunjung sebagai bahan yang dinamik.

Ia juga diwujudkan bagi memberi impak kepada pengunjung dari segi penyampaian maksud dan pengetahuan sesuatu bahan dengan lebih jelas dan mudah difahami.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan